Penerbit : DBP
Tahun Terbitan : 2004
Harga : RM 7.00
Amalan baik yang dipaparkan dalam buku Mari Bersopan Santun merangkumi amalan dalam kalangan keluarga dan juga dalam kalangan masyarakat. Ibu bapa dan guru boleh memanfaatkan buku ini dalam usaha untuk menerapkan adab dan sopan santun yang merupakan sebahagian daripada nilai-nilai murni kepada kanak-kanak sejak awal-awal lagi. Kanak-kanak perlu diajar bersopan santun supaya apabila dewasa nanti mereka menjadi orang yang berbudi pekerti dan berperibadi halus. Penggunaan bahasa yang mudah dan gambar yang menarik serta penuh humor dalam buku ini akan memikat hati pembaca. Di samping itu di bahagian belakang buku ini, glosari disediakan untuk menambahkan kosa kata pembaca. Pembaca sasaran: 7-9 tahun.
No comments:
Post a Comment