salju biru

MEMBACA GAYA WAWASAN

Monday, November 5, 2012

Politik dan Agama Mengikut Perspektif Islam





Terbitan: Jundi Resources
Penulis: Abdul Hadi Awang
Harga :RM 5.00

Tuan Guru Hadi Abdul Awang adalah nama besar dalam gerakan Islam abad moden, sebaris dengan Dr. Fathi Yakan, Mehdi Aqif (Mesir), Azzam Tammimi, Qazi Husain (Pakistan), Rashid Ghanoushi, Dr Abdul Majid Zindani, Racep Tayyeb Erdoggan, Hussein Umar, dan tokoh-tokoh besar gerakan Islam yg lain di seluruh belahan dunia. Beliau menoreh sejarahnya yg tersendiri. Tuan Guru pernah menyandang kerusi menteri Besar Terengganu selepas kemenangan PAS dalam pilihan raya umum pada tahun 1999
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semenjak zaman mudanya telah melintasi garis panjang perjuangan Islam, menyatuakn ilmu dan pengalaman haraki bersama gerakan pelajar semasa menuntut di madinah dan mesir seterusnya berkecimpung secara sepenuh masa dengan PAS apabila pulang ke tanah air. Beliau muncul dan meledak kerana reputasi ilmunya, pernah menjadi Pengerusi ABIM negeri Terengganu dan merupakan tenaga penting dalam melatih kadet-kadet dakwah dlm era 70an sehinggalah sekarang di negara ini.
Di awal dekad 80an, Tuan Guru Haji Abdul Hadi telah meraih publisiti yg lumayan daripada media massa dalam dan luar negeri terutama kerana kemahiran beliau berpidato yg mampu menarik puluhan ribu pendengar. Media tempatan seperti media cetak dan media elektronik telah menyudukkan beliau dengan pelabelan yg buruk untuk menjauhkan rakyat daripada perjuangan Islam, namun bintangnya semakin bersinar kerana penyokong PAS menggunakan pelbagai cara untuk memperkenalkan beliau kpd masyarakat seperti mengedarkan kaset-kaset ceramah, video, poster-poster gambar beliau. Nama beliau terus memahat kukuh pada persada ilmu dan dakwah tanah air.

No comments:

Post a Comment