salju biru

MEMBACA GAYA WAWASAN

Tuesday, November 6, 2012

Motivasi Alihan Pelajar




Penulis : Dr Hj Tengku Asmadi
Penerbit: PTS Milinnea Sdn Bhd
Harga : RM 17.50

Buku ini menceritakan pengalaman penulis selama 12 tahun  dalam mengabdikan diri dalam mengabdikan diri dalam mengendalikan motivasi.Ianya adalah buah tangan untuk semua terutamanya para pelajar yang selama ini mencari-cari rahsia kecermelangan.

Psikologi Orang Berjaya





Penulis  : Ainon Mohd.
Penerbit : PTS Media Group Sdn Bhd
Harga     : RM 8.99




Ketahui ciri-ciri jiwa dan cara berfikir manusia pejaya.  Buku ini ditulis dengan tujuan utama supaya pembaca memahami selama ini kita banyak salah faham dan keliru berkenaan syarat-syarat menjadi orang yang berjaya. Maka menjadi tujuan penulisan buku ini hendaknya perkara ini dapat diperbetuli sedikit sebanyak.




Bijak Berfikir: Langkah demi Langkah

Penulis  : Bobby DePorter
Penerbit : PTS Media Group Sdn Bhd
Harga     : RM 12.00



Langkah demi Langkah membantu dalam mendapatkan idea-idea supaya kita mencipta lebih peluang dan solusi. Tingkatkan skil berfikir kita dengan teknik berfikir yang betul. Hasilnya, kita bijak menjana idea yang bermanfaat bagi diri sendiri dan orang lain.


Mustafa Kamal Ataturk







Penulis   :  Abdul Latip Bin Talib
Penerbit  : PTS Media Group Sdn Bhd
Tahun Diterbit  : 2012
Harga     : RM 14.99



Mustafa Kamal Ataturk adalah bapa sekularisme Turki. Lelaki yang memusnahkan institusi khalifah Islam. Dia lelaki yang membawa Barat ke Turki dengan menolak Islam. Dia lelaki yang memberi kisah, untuk kita renungkan, bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia menjadi matlamat.
 
 


Nota Adania



Penulis   : Zairah Fitrah
Penerbit  : PTS Media Group Sdn Bhd
Tahun Diterbit  : 2011
Harga     : RM 6.99



Kisah seorang remaja bernama Tengku Adania yang menjadi anak tunggal kepada Tengku Muiz dan Puan Najla. Dia dibesarkan dengan kemewahan tapi sayangnya tidak dibesarkan dalam lingkungan didikan agama. Kerana kesibukan ibu bapanya sebagai usahawan yang berjaya, dia dibiar mencorakkan kehidupannya sendiri. Tengku Adania sangat berbangga dengan kemewahan dan darjat yang dimiliki sehinggalah pada suatu hari Tengku Muiz telah membuat keputusan untuk menukarkan Tengku Adania ke sebuah sekolah harian kerajaan.

Lelaki Berkasut Merah


Penulis   : Bahruddin Bekri
Penerbit  : PTS Media Group Sdn Bhd
Tahun Diterbit  : 2011
Harga     :  RM9.99




Kita akan menemukan lelaki berkasut merah yang punyai masa silam yang penuh rahsia. Tidak ada siapa tahu berkenaan rahsianya selain seorang tok imam tua.Kedua-dua mereka punyai misi yang sama atas sebab yang berbeza. Mereka berdua mencari manusia-manusia yang . Pada waktu yang sama, mereka juga dicari oleha manusia-manusia yang punya agenda rahsia.